Friday, February 23, 2007

Patah Tumbuh, Hilang...

Yang patah akan tumbuh... yang 'hilang' belum pasti berganti. g3 'kehilangan' beberapa 'orang kuat' dalam meneruskan perjuangan ini. Tetapi ianya tidak sedikit pun menggugat semangat juang kitorang. FaizalMukhtar menggorak langkah lebih jauh dalam merialisasikan impiannya untuk menjadi seorang penulis komik. Roy juga akan meninggalkan Karangkraf, meninggalkan team g3. Meneruskan kariernya yang lebih mencabar. Yang pasti perjuangan beliau 'lebih besar' di luar sana. Catborg juga akan meninggalkan team g3 dan berhijrah ke web department. Minat beliau yang lebih mendalam dalam bidang IT mendorong beliau untuk berhijrah.

FaizalMukhtar - segala keringat yang kau telah curahkan untuk g3 kitorang ucapkan jutaan terima kasih. Lepas ni kat sapelah kitorang nak mintak tolong beli komik... weiii... Civil War tak complete lagi ni... ha ha. Bila senang2 datanglah jenguk kitorang... ingat ye, bila senang je tau tapi bila susah tak payahlah jenguk... muahahaaa.

Roy - kau antara 'manusia' yang terlibat secara langsung diawal penubuhan Gen-Y juga penerbitan majalah g3. Banyak jasa kau kt majalah ni. Cuma ucapan terima kasih jelah (dan kasih sayang... muahahaa) yang kitorang mampu ucapkan. Harap strip Jenglot Story akan terus wujud dan terus menjenglot. Semoga kau terus sukses dan happy bersama family.

Catborg - kau jangan ngada2 nak buat sombong ngan kitorang lepas ni... ha ha. Kau bukan pergi jauh sangat pun... pindah meja je. Harap lepas ni kalau 'terdesak' bolehlah mintak tolong kau ye. Walau macamne pun kitorang tetap ucapkan terima kasih atas sumbangan kau selama ni terhadap majalah g3.

InsyaAllah tanggal 1 Mac 2007, g3 akan menerima ahli baru.

Hilang takkan dapat diganti...

Gud luck guys... korang memang best!!!

Thursday, February 22, 2007

Cover Isu Mac 07 (#37)



















(sila klik gambar untuk saiz besar)

Idea asal : Padi
Sketch & Inking : Padi (digital)
Kaler : Padi (digital)
Layout : Lan Obanez

Mula berada di pasaran pada 23hb Februari 2007.

Kalau korang tak jumpa atau susah nak dapat kat market, korang boleh call editor 03-51013856.


* untuk preview content nantikan post yg seterusnya.

Wednesday, February 21, 2007

Salam Perkenalan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Dalam kesibukan dengan tuntutan tugas seharian gua cuba meluangkan sikit masa untuk mengwujudkan blog khas untuk majalah g3 ni.

Kepada pembaca2 g3... anggaplah ni macam tempat rujukan korang pasal majalah g3. Gua akan cuba menyalurkan maklumat2 dan perkembangan yang terkini mengenai majalah g3. Bukan saje aktiviti majalah malah aktiviti team g3 dan para kartunis akan cuba gua uploadkan kat sini. Korang bolehlah bagi sebarang komen, kutukan, kritikan, pujian dan apa2 jelah pasal majalah dan juga pasal team g3 kat sini. Kitorang harap dengan wujudnya blog ni dapat memberi manfaat kat korang semua.

Nantikan post2 yang akan datang.

Bye